Wednesday, 23 January 2013

Testimoni Ayahanda dan Bonda


Ini ayahanda saya, Encik Hamdan dan bonda Puan Hasiah merupakan testimoni awal saya. Kerana merekalah yang menyebabkan saya tercari-cari produk kesihatan untuk penyakit mereka. Risau bila dapat khabar mereka tidak sihat.

Firstly, saya cerita tentang ayah saya. Dia penghidap diabetis. Sebahagian tapak kakinya dah dipotong oleh doktor. Waktu itu saya masih lagi tidak mengetahui tentang produk SNE. Selepas dipotong, ada ketikanya terdapat luka bila kakinya bergesel dengan kasut. Runsing bila bonda cerita yang luka tu mula bernanah. Dah sudah, tak tidur malam jawabnya saya. Sudahlah tinggal jauh dari keluarga. Takut sungguh luka kaki ayah akan merebak. Tak sanggup nak tengok betis ayah pula kena potong. Tak sanggup teman ! Lama juga ayah berkeadaan sebegitu, asyik ke hospital cuci luka kaki dia tu. Tiap-tiap 2 ke 3 hari kena pergi cuci.

Tak boleh jadi ni. Saya harus cari produk yang boleh ringankan beban ayah. Bila dah kenal SNE, saya terus beli SNE kapsul untuk ayah saya. Dia makan suplemen tu dan sapu pada luka di kakinya. Alhamdullilah, sekarang ayah saya semakin baik. Badan pun dah lincah. Bukan lagi macam dulu, asyik lemah nak tidur sahaja. Muka pun dah nampak pinkish...Bukan lagi pucat macam dulu. Terima kasih SNE....

Berbalik kisah mak pula, dia ada tekanan darah tinggi. Memang tinggi selalu. Bacaan dalam 175/95. Saya bagi mak ambil SNE Kapsul dan Excel Tea..sekarang bacaan dah menurun 130/80....dan ini saya pasti akan turun lagi. Mak pun beritahu dah jarang pening. Alhamdullilah mereka semakin baik. Syukur aku ke hadrat Ilahi....

Sekarang pantang ubat berkurang pasti nombor saya akan didail..Hehehe tahu mak. Saya akan pos segera..:)

No comments:

Post a Comment