BEUTSKIN ESSENCE kini
makin dikenali sebagai supplement yang mampu memperbaiki dalaman dan kecantikan
kulit luaran seseorang wanita. Penggunaan skincare yang bagus sahaja tidak
mencukupi kerana tanpa kesihatan yang baik, ia akan merencatkan penampilan dan
mengurangi keserian wajah individu terbabit. Justeru, amalkan pemakanan yang
seimbang, minum cukup air, elakkan masalah yang boleh menyebabkan
tekanan/stress serta mendapatkan rehat/masa tidur yang berkualiti adalah
asas untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.
usah
harapkan kecantikan kulit dalam sekelip mata.. kerana Beutskin Essence, secara
sedar atau tidak, ia sebenarnya memperbaiki kesihatan dalaman terlebih dahulu..
jadi bersabarlah, konsisten dan jadikan ia amalan harian untuk hasil terbaik
untuk bulan2 dan tahun2 akan datang..:)
"KESIHATAN
DALAMAN AKAN MENYERLAHKAN KECANTIKAN LUARAN"
Antara beberapa persoalan yang sering diajukan bakal/pengguna produk ini.
Penting untuk anda memahami dan mengambil produk mengikut aturan dan saranan
yang diberikan bagi memastikan khasiat/keistimewaan ia dapat diserap badan dan
memberikan impak maksima di atas pelaburan yang anda keluarkan.
1. Bila masa terbaik untuk mengambil Beutskin Essence?
-Ambil
2x sehari, 2biji sebaik saja bangun dari tidur, diikuti dengan segelas air
masak/suam, iaitu sekurang2nya setengah jam sebelum sarapan. Sekali lagi 2biji
pada waktu malam, iaitu sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam
selewatnya 3 jam sebelum tidur, agar zat aktif produk dapat diserap sistem
pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Sila minum banyak
air sepanjang hari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien
diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.
2. Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
-Boleh
diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran
hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga
melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini
kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran
peranakan.
3. Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin
Essence?
-Boleh,
tapi pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi
dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas
bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal
dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.
Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, sebaiknya anda mengamalkan BE dengan
kapsul SNE juga, yang memain peranan penting membantu
merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas
bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam
penyusuan kepada bayi.
4. Lelaki boleh amalkan Beautskin Essence?
-BOLEH!
Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat,
di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan
sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE,
ibu segala produk terbaik untuk anda..
5. Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama supplement lain seperti
kolagen, Vitamin-C atau ubat-ubatan doktor yang lain?
-Boleh,
tapi bergantung kepada kesesuaian. Contohnya, jika supplement lain
itu juga perlu diambil sebelum sarapan, maka ia pasti menyukarkan anda kerana
BE juga perlu diambil pada masa yang sama,kan? Pastikan anda jarakkan waktu
pengambilan sekurang2 nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.
6. Berapa lama perlu amal untuk melihat hasil kecerahan kulit?
-
Ini paling banyak ditanya. Semua obses untuk miliki kulit cerah berseri. Tapi
sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence
(BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Kita
rawat dalaman dahulu ok?
**Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yg diserap
dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi2 utama sel.
**Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dlm BE bertindak
terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim2 autogenus bagi memulihkan
kecergasan.
**Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE
membekalkan nutien2 yg mencukupi kepada sel dan membantu sel2 kulit kembali
sihat.
**Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula
mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel2 yg rosak dalam
tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat2
elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.
**Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE
membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel2 kulit.
**Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati
tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan
menyebabkan alergi dan kebergantungan.
Jadi
kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman
dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan (jerawat, parut, pori2 terbuka,
jeragat, kekusaman hilang perlahan2), maka barulah terlahir kulit halus cerah
berseri! Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara
konsisten..:)
7. Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus
kembali menjadi gelap dan kusam?
-Dalam
jangka panjang, sudah tentu ia terjadi, kerana tanpa zat2/nutrien
mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot,
selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi
proses penuaan berlaku..
No comments:
Post a Comment