Showing posts with label Excel Tea. Show all posts
Showing posts with label Excel Tea. Show all posts

Sunday, 28 July 2013

BUASIR


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Demotrasi Anatomi BUASIR

JENIS-JENIS BUASIR

1.Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2.Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab utama

* Sentiasa duduk
* Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
* Cirit-birit
* Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
* Batuk yang teruk
* Bersalin
* Mengangkat berat

Pencegahan

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

* Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
* Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
* Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
* Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Pengurusan sendiri

* Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
* Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
* Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
* Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

amalkan excel-tea....agar dapat mengatasi masalah penghadaman dan sembelit

Tuesday, 22 January 2013

Excel Tea

EXCEL TEA.......

Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan asli dan semulajadi seperti buah hawthorn, stigma jagung, daun seabuckthorn dan aloe vera.
Kandungan aktif nutrisinya diekstrak melalui penggunaan teknologi moden, bebas daripada pencemaran dan tiada kesan sampingan.
Berupaya menyingkir toksin dan logam berat dari tubuh yang membantu mengurangkan masalah pempigmenan, meningkatkan keseriaan wajah, menyingkirkan lemak berlebihan dan meningkatkan kesihatan menyeluruh.


Fungsi :
* Menyingkirkan toksin dalaman
* Menyingkirkan toksin luaran
* Melegakan sembelit
* Mengurangkan tahap lipid darah
* Melindungi hati dan pundi hempedu
* Menentang serangan virus
* Meningkatkan tekstur kulit
* Menyingkirkan lemak dan membantu melangsingkan tubuh badan
* Menangguhkan proses penuaan 



Kesan-kesan Penggunaan Teh Excel

Peringkat 1 : Hari ke 2 - 10
  • Melegakan masalah sembelit dengan penyingkiran sebahagian besar najis tertunggak ( najis degil )
  • Menyingkirkan haba berlebihan dari hati, perut, pundi hempedu, jantung dan peparu
  • Peningkatan kesihatan yang ketara dengan selera yang lebih baik
  • Tindakbalas pemulihan dialami akibat penyakit-penyakit sedia ada
Peringkat 2 : Hari ke 10 - 30
  • Penyingkiran toksin-toksin berlebihan dari usus dengan penyelarasan penyingkiran najis
  • Pembersihan darah dimulakan dan kulit menjadi lebih licin dan berseri
  • Kesihatan tubuh badan diselaras, selera makan bertambah baik dan badan berasa lebih selesa
  • Bahagian-bahagian yang kurang selesa semakin lega
Peringkat 3 : Hari ke 30 - 60 
  • Toksin berlebihan dalam tubuh badan disingkirkan, kesan pemulihan dapat dirasai pada masalah-masalah spt obesiti, tahap kolesterol yang tinggi, hati berlemak, hiperlipidema, kolesistitis dan buasir
  • Peningkatan daya keimunan dan ketahanan terhadap serangan virus yang ketara
  • Sel-sel badan semakin cergas dgn peningkatan daya penyingkiran radikal bebas, kesan-kesan anti penuaan yang ketara dan penjanaan semula sel dialami.