SOALAN-SOALAN YANG SERING
DITANYA MENGENAI KAPSUL SNE
1. Kapsul lembut SNE
diperbuat daripada bahan apa?
Kapsul lembut SNE diperbuat
daripada minyak sayuran yang diekstrak daripada koloid cendawan. Ia mengandungi
ion-ion ferum yang boleh meminimumkan pencemaran dan kebasahan bekas yang
digunakan.
2. Apakah yang menyebabkan
kapsul SNE berbeza daripada produk-produk lain?
Kapsul SNE dirumuskan
dengan menggunakan teknologi moden dari Jepun dan Jerman. Kapsul SNE dibuat
daripada gabungan minyak biji fruktus hipopae dan 27 jenis makanan semula jadi
yang berlainan melalui proses “Penguraian Enzim Cepat”. Kapsul SNE mengandungi
tidak kurang daripada 200 jenis nutrien dan bahan bioaktif. Bahan bioaktif
dalam kapsul SNE mempunyai kadar aktiviti sebanyak 90% dan ke atas. Molekulnya
adalah kecil dan padat, kepadatannya adalah 5 – 10 kali lebih tinggi berbanding
dengan bahan-bahan biasa.
3. Apakah kapsul SNE?
Kapsul SNE merupakan
sejenis suplemen pemakanan yang sempurna dan seimbang, ia dirumuskan secara
khususnya untuk menentang enam punca utama yang menyebabkan manusia sakit dan
tua. Bio-mukopolisakarida aktif, sejenis faktor yang mengaktifkan sel-sel
merupakan salah satu bahan utama dalam Kapsul SNE. Di samping itu, ia
mengandungi minyak biji fruktus hipopae yang diekstrak dengan Teknik
Pengekstrakan Karbon Dioksida superkritikal sebelum menjalani proses
“Penguraian Enzim Cepat”.
4. Mengapakah kapsul SNE
adalah selamat dan efektif?
Kapsul SNE telah
didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran
MAL: 20034169TC. Kapsul SNE juga telah diluluskan oleh Pentadbiran Ubat dan
Makanan Amerika Syarikat. Malah, ia disahkan mematuhi standard pengeluaran
organik SGS dan telah diiktirafkan oleh Pusat Perkembangan Makanan Hijau China
sebagai makanan hijau kelas AA.
5. Bolehkah saya mengambil
kapsul SNE bersama dengan rawatan perubatan yang sedang saya ikuti?
Kapsul SNE boleh diambil
bersama-sama dengan sebarang ubat tetapi anda dicadangkan mengambilnya dalam
sela masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengelakkan sebarang interaksi yang
tidak diingini.
6. Saya seorang pesakit
diabetes dan hipertensi, bolehkan saya mengambil kapsul SNE?
Kapsul SNE boleh diambil
oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina, keadaan kesihatan dan pada
mana-mana peringkat kehidupan. Namun dos yang dicadangkan adalah berlainan
mengikut keadaan setiap individu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di
snemarketing@snemarketing.com.
7. Adakah produk ini
betul-betul berlainan daripada multivitamin yang sedia ada?
Ya. Ia betul-betul direka
mengikut keadaan semua individu – bukannya orang yang “sederhana” mengikut
statistik.
8. Bagaimanakah kualiti
bahan-bahan yang terkandung dalamnya?
Kami hanya menggunakan
bahan yang paling berkualiti. Tumbuhan fruktus hipopae yang digunakan tumbuh
dalam tanah yang tidak tercemar. Ahli pemakanan kami memilih gabungan nutrien
yang memberikan keupayaan bio dan toleransi yang paling tinggi. Ia dikilang di
kilang farmaseutikal kami yang berdaftar dengan FDA. Suplemen sebatian yang
dirumus khas ini menunjukkan piawai ketulennan, aktiviti da penyerapan yang
paling tinggi.
9. Adakah ia sesuai untuk
vegetarian dan orang yang menghadapi alergi makanan atau mengikuti diet
berpantang?
Suplemen kami tidak
mengandungi daging dan produk sampingan daging. Ia diisi dalam kapsul yang
dibuat daripada tumbuhan, justeru itu, vegetarian boleh mendapatkan manfaat
yang optimum daripada suplemen pemakanan kami. Produk kami tidak menggunakan
sebarang pengawet, bahan pelekat atau perisa tiruan. Kapsul SNE tidak
mengandungi yis, gandum, gula, garam, protein soya, susu, telur dan produk
tenusu. Proses perumusan kami seharusnya sesuai untuk semua jenis diet
berpantang dan alergi, namun, untuk tujuan keselamatan, sila dapatkan nasihat
daripada pakar penjagaan kesihatan anda.
10. Adakah keadaan saya
akan bertambah baik? Bilakah ini akan berlaku?
Kesihatan anda akan mula
bertambahn baik. Keadaan seseorang selalunya bertambah baik selepas
sekurang-kurangnya satu hingga dua bulan. Namun keadaan sesetengah orang mula
bertambah baik sebaik sahaja mereka memulakan program ini.
11. Bagaimanakah anda tahu
saya memerlukan kapsul SNE?
Alam sekitar pada hari ini
penuh dengan pelbagai punca penyakit. Penggunaan antibiotik yang berlebihan
telah membina ketahanan bakteria dan virus. Bahan cemar, bahan yang menyebabkan
alergi dan bahan tambahan makanan telah menjadi sebahagian daripada bekalan
makanan, air dan udara kita. Malah sel-sel kita juga menghasilkan entiti yang
berbahaya, seperti radikal bebas yang mesti dihapuskan oleh sistem imun kita.
Lebih-lebih lagi, kita sering membawa bahan-bahan asing ke dalam sistem badan
kita, ini termasuklah ubat, pil kontraseptif, asap rokok dan alkohol.
Kapsul SNE merupakan produk terbaik dalam mengekalkan kesihatan dan membekalkan semua nutrien utama yang diperlukan oleh badan. Dengan ini, sistem imun dapat diperkuatkan lagi demi melindungi kita daripada entiti berbahaya dalam kehidupan harian kita.
Kapsul SNE merupakan produk terbaik dalam mengekalkan kesihatan dan membekalkan semua nutrien utama yang diperlukan oleh badan. Dengan ini, sistem imun dapat diperkuatkan lagi demi melindungi kita daripada entiti berbahaya dalam kehidupan harian kita.
No comments:
Post a Comment