Sunday 27 October 2013

BM - Dreams come true.....JULY

Tak sangka dalam sibuk sharing dengan kawan-kawan dan pelanggan selama 4 bulan dari mula aku menceburkan diri dengan SNE dari bulan 11 tahun 2012, aku dah berjaya menjadi JM. Mujur my leaders bagi tahu. Kalau tak memang aku takkan sedar. Pasal suka sangat sharing kebaikan produk ni dengan pelanggan. Bukan aku nak jualan tinggi tapi aku nak kesihatan mereka bertambah baik. Bila mereka sihat secara automatik mereka akan bahagia dengan keluarga. Aku nak tumpang kebahagiaan mereka sahaja. Bila mereka senyum, aku lagi2 la terlebih senyum. Gembira dapat membantu mereka mencapai kesihatan yang lebih baik disamping menolong mereka menambah pendapatan dengan berkongsi kebaikan produk ini melalui kenalan mereka pula.

Pada 21.7.2013, Perlancaran SNE WELLNESS CENTRE MANJUNG diadakan. Majlis juga bersempena dengan majlis berbuka puasa. Ramai hadirin yang hadir. Meriah sungguh majlis malam tu. Tiba-tiba sahaja my leaders Kak Rohana menjemput aku berkongsi pengalaman sehingga jadi BM dengan hadirin yang datang. He..he..he....aku dah jadi BM ker. Biar betul. Ke aku ni mimpi. Dengan slumber aku ke depan. Muka selamba tapi dalam hati gemuruh sakan. Pegang je mic terus je mulut pot pet pot pet bercerita. Tak tau ler ayat tersusun ke idak. Main keluar saja. Habis sahaja aku bercerita, hadirin bertepuk. Baru aku nak langkah ke tempat duduk semula, Kak Rohana terus halang aku. Dia menjemput MDDM Alice Yap ke hadapan untuk menyerahkan cenderahati tahniah menjadi BM kepada aku. Raut wajah MDDM pun macam terkejut. Sama-sama kita terkejut ni. 

Kak Rohana menyampaikan info-info berguna berkenaan SNE Produk.

Sebahagian tetamu yang hadir. 

Khusyuk mendengar Leader Kak Rohana bercakap mengenai kebaikan produk SNE.

MDDM Alice dan Encik Wan yang hadir memeriahkan majlis.

Dr. Rafi bercerita lebih lanjut berkenaan produk SNE. Tak puas rasa mendengarnya.



MDDM Alice juga memberi sepatah dua kata. Berkongsi pengalaman beliau semasa mula-mula bertapak dalam SNE. Chaiyok madam....!!!





Tadaaaa.......gementar bersalam dengan orang HQ. Hehehe tak sangka pula malam ni kena macam ni. Memang ler Kak Rohana bikin suprise.

Sambil bagi hadiah, MDDM Alice ucapkan tahniah.

Me with MDDM Alice......Yahooooo aku dah jadi BM...yabedabedu !!!!

Saja masukkan gambar beg aku dapat tadi. Cenderahati dari leader buat aku.

Antara barangan yang diberi. Uui banyak gak tu.

Terima kasih to all my leaders, Kak Rohana, Yob, Sya, Hairul, Dayang dan kawan-kawan yang lain. Jia You.....