Thursday, 31 January 2013

Misteri Di Sebalik Penyakit Dan Proses Tua

Kenapa manusia jatuh sakit? Kenapa usia mereka meningkat?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua bentuk hidupan dalam alam ini harus melalui kelahiran, ketuaan, penyakit dan akhir sekali, kematian. Manusia pun tidak terkecuali. Ahli biologi menganggarkan bahawa jangka hayat suatu bentuk hidupan ialah 5 -7 kali tempoh pertumbuhannya.

Usia 25 tahun biasanya menyaksikan pertumbuhan gigi bongsu terakhir manusia, iaitu menandakan penghujung tempoh pertumbuhan. Jika kita membuat kesimpulan dari sini, jangka hayat seseorang manusia sepatutnya berada dalam lingkungan 125 -175 tahun. Walau bagaimanapun. apabila kita berusia lebih 30 tahun, penyakit mula muncul: apabila usia mencecah lebih 40 tahun, tanda ketuaan mula kelihatan: apabila umur melebihi 50 tahun, kemerosotan tisu mula berlaku disertai fungsi badan yang semakin lemah.

Penurunan kadar metabolisme dan kelemahan sistem imun: apabila usia lebih 60 tahun, kita mungkin dibebani pelbagai penyakit dan gejala penuaan yang mengakibatkan kematian awal. Kenapa penyakit muncul? Kenapa jangka hayat manusia hari ini lebih pendek daripada jangka hidup yang sepatutnya? Punca terjadinya penyakit dan penuaan adalah sangat kompleks. Terdapat lebih 300 teori, baru dan lama, yang telah dikemukakan oleh para saintis dan pakar di seluruh dunia yang berkisar mengenai kenapa manusia semakin tua, dan kenapa pelbagai jenis penyakit muncul.

Sebab-Sebab Luaran: Hari ini, kita hidup dalam dunia yang “penuh tekanan”.

1.Pencemaran Makanan
2.Tekanan Hidup
3.Penyalahgunaan Bahan Kimia
4.Pencemaran Alam Sekitar
5.Kekurangan Senaman
6.Gaya Hidup Yang Berubah-ubah

Sebab-Sebab Dalaman:

Pelbagai teori telah mendedahkan faktor-faktor yang mungkin mencetuskan mekanisme penuaan. Antaranya ialah faktor keturunan, mutasi set, serangan radikal babas, penurunan fungsi endokrin, sistem imun yang lemah, apoptosis (kematian set terprogram) dan sebagainya.

Persoalan seterusnya ialah wujudkah sejenis bahan yang boleh menyingkirkan radikal bebas dan pelbagai toksin berbahaya. Menggalakkan keupayaan pertumbuhan semula set, meningkatkan metabolisme, menguatkan sistem imun, mengawal sistem endokrin, membekalkan semula nutrien yang penting kepada badan manusia, melancarkan peredaran darah serta menguatkan fungsi ginjal dan tulang? Pencarian bahan tersebut telah menjadi fokus utama penyelidik sains biologi di seluruh dunia dan juga ahli-ahli farmakologi Barat dan Cina. Jika bahan sebegitu memang wujud, dan jika ianya dijumpai. sekiranya disertai dengan persekitaran hidup yang lebih baik, bolehkah manusia hidup sehingga usia 120 tahun? Para saintis berpendapat ‘ya, memang boleh.

Adakan anda masih sihat dan penuh bertenaga
pada usia 120 tahun?
SNE Natural Essence membuka jalan ke arah kesihatan yang lebih balk

No comments:

Post a Comment