KENCING MANIS
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes
mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan
hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada
penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar
insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal
remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh
kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat
simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan
penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin
dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin
(penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan
insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai
sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan
pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat
secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu
sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan
samping serius kepada pesakit).
Sejarah
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan
telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek).
Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap
kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar
perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis
berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan
oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000
tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi
menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya
dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh
pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap
penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang
terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut
menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca
penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains,
Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing
manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing
tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit
kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G.
Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos
dalam darah.
Pengawalan diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat
ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini
boleh dikawal dengan cara berikut:
Penjagaan pemakanan dan berat badan
Kerap bersenam
Pengubatan
Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta
seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat
pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu
mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam.
Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau
suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun
ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu
diambil?
Jenis rawatan yang diterima?
Dimana hendak mendapat ubat?
SAYA ADA JAWAPANNYA..TAK PERLU BERFIKIR PANJANG, CUBALAH AMBIL SUPLEMEN SNE KAPSUL......ANDA PASTI BERPUASHATI.
No comments:
Post a Comment